Rakan Kami

Saturday, May 14, 2011

Kisah Ibu dan Pelajar

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Apa khabar? Harapan kami agar semua pengunjung Blog SMART Malaysia sihat-sihat hendaknya.

Baru-baru ni kami terima satu panggilan telefon dari seorang ibu yang ingin menghantar anaknya ke Kem HARIS Edisi April/Mei 2011. Tapi sayangnya, waktu ibu terbabit menelefon kami, kem tersebut telah tamat. Rasa-rasanya selepas 2-3 hari Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 tamat. Ibu terbabit berpesan kepada kami sekiranya dilaksanakan lagi Kem HARIS, mohon maklumkan kepadanya.

Minggu lepas pula (7 Mei 2011), Penyelaras SMART (Bro. Harris) telah meluangkan masa dengan dua orang pelajar dari SMK. Tun Hussien Onn di Perpustakaan Awam Seberang Jaya. Boleh dikatakan pertemuan yang tidak dirancang sebenarnya. Pelajar terbabit menceritakan tentang masalah yang dihadapi olehnya dalam Persatuan Pengakap di sekolah. Biasalah. Hal-hal remaja. Adakalanya mereka akan mencari seseorang yang boleh memberikan idea-idea yang sesuai untuk meneruskan minat mereka dalam sesuatu aktiviti ko-kurikulum. Semuanya berjalan dengan lancar dan insyallah, pada 14 Mei ni mereka akan bertemu lagi dengan Bro. Harris. Khabarnya Bro. Harris nak bagi mereka peluang untuk menjadi fasilitator dalam program-programnya.

Betul ke?

(p/s: nantikan kesudahan cerita Bro. Harris tu yea!)

Thursday, May 12, 2011

Jom Kita Layan!

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua!

Mesti ramai tertunggu-tunggu gambar-gambar semasa Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 kan?

Hehehehehehehe!

Akhirnya dah disiarkan pun gambar-gambar tu semua.

Apa?! Belum tengok lagi? Isk..Isk..Ruginya!

Takpe..Takpe..Jom layan gambar-gambar tu!

Part 1:

Part 2:

Jangan lupa tinggalkan komen dan add kami dalam Facebook anda semua yea!

Wassalam!!

Wednesday, May 4, 2011

Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 TAMAT!

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Alhamdulillah. Akhirnya Program Perkhemahan Himpunan Anak Remaja Islam atau lebih dikenali sebagai Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 telah selesai dilaksanakan. Kem yang telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam telah mengumpulkan hampir 33 orang termasuk peserta dan fasilitator yang bertugas sepanjang kem tersebut dijalankan.

Penyertaan para peserta kali ini terdiri daripada beberapa buah sekolah menengah di Pulau Pinang termasuklah SMK. Machang Bubok, SMK. Bertam Indah, SMK. Datuk Haji Ahmad Badawi, SM. Agama Al-Mashoor (Lelaki) dan Maahad Al-Imam An-Nawawi. Penyertaan kali ini amat memberangsangkan disebabkan promosi oleh para peserta Kem HARIS yang lalu.

Sepanjang program perkhemahan tersebut, para peserta telah mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan. Antaranya ialah Info Race, K.I.K.U, I Will Follow You, Holding On You, Eksplorasi Remaja, Cabaran Menjadi Remaja, Explorace dan Liku-Liku Cahaya. Setiap aktiviti yang dilaksanakan mempunyai kekuatan dan falsafahnya tersendiri.

SMART Malaysia ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang telah menaja 10 orang peserta, Pusat Racun Negara (USM Pulau Pinang) yang telah menyumbang peralatan pengurusan program, Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan (USM Pulau Pinang) yang telah menyumbangkan sijil penghargaan dan sijil penyertaan serta 10 helai t-shirt untuk para fasilitator bertugas dan tidak ketinggalan kepada Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (PERMUAFAKAT) kerana telah menyumbangkan 22 helai t-shirt buat para peserta yang terlibat.

Penghargaan tidak terhingga juga turut diberikan kepada para fasilitator bertugas yang telah menyumbangkan tenaga, idea dan wang ringgit untuk menjayakan Kem HARIS kali ini. Mereka ialah Abdul Harris, Muhd. Ibrahim, Akmal Amin, Idham Helmi, Amir Izwan, Azli Syam, Shahrul, Lukmanul Hakim, Farid, Iskandar, Nurul Hazreen, Ahmad Naim dan Nur Hidayah. Tanpa mereka semua, mungkin perlaksanaan Kem HARIS tidak dapat direalisasikan dengan sempurna.

Buat mereka yang tidak sempat menyertai Kem HARIS yang telah dilaksanakan, usah khuatir. Insyallah, Kem HARIS akan kembali lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Teruskan menyokong perjuangan kami semua!

Friday, April 15, 2011

Apa khabar SMART Malaysia?

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Apa khabar? Lama tak bersua dan berceloteh dalam blog ni kan? Hehehe. Maaflah. Busy sangat dengan kerja-kerja hakiki dan kerja-kerja rasmi SMART Malaysia ni. Walau bagaimana pun, kami di SMART Malaysia akan sedaya upaya tidak menghampakan pembaca semua! Hehehehe.

Oklah. Tentu ramai nak tahu perkembangan SMART Malaysia sekarang ni kan? Hah! Kalo nak tahu, kenalah baca sampai habis. Hehehe. Oklah. Setakat hari ni, SMART Malaysia masih bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti termasuklah dengan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia. Pada hari rabu yang lalu (13 April 2011), SMART Malaysia turut sama terlibat dalam mengendalikan sesi lawatan sambil belajar ke Pusat Racun Negara oleh pelajar-pelajar SMK. Jelutong. Best gak aktiviti tu sebab rata-rata pelajar yang terlibat..sememangnya sporting! Hahahaha!

Lepas tu, pada 15 April 2011 (Jumaat), SMART Malaysia terlibat dalam sesi pameran di Masjid Bandar Baru Air Itam. Pusat Racun Negara yang menjalankan sesi pameran sebenarnya dan SMART Malaysia sekadar membantu dan mencari pengalaman. Hehehe. Walaupun panas, namun sesi pameran terbabit memang best sebab dapat minum air Sunquick FREE! Hahahahaha!

Untuk aktiviti akan datang pula, SMART Malaysia akan ke SMK. Datuk Haji Abdul Kadir & SMK. Guar Perahu sebelum ke SMKJK di Balik Pulau pada minggu hadapan. Lastly untuk bulan April 2011 ni, SMART Malaysia akan menganjurkan Kem HARIS 2011 – Edisi April/Mei! Yeah! Mesti ramai tak sabar-sabar nak mengikuti perkembangannya kan? Jadi..kenalah tunggu tau!