Rakan Kami

Tuesday, January 25, 2011

Keahlian Kini DIBUKA!!


Jom Sertai Kami Di SMART Malaysia! Keahlian Kini DIBUKA!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt. kerana telah memberikan keizinan kepada kita sekali lagi untuk menikmati kehidupan didunia yang sementara ini. Apa khabar semua? Kami di SMART Malaysia mengharapkan saudara/saudari semua sihat walaafiat hendaknya!

Tahun 2010 telah berlalu dengan jayanya. Begitu juga dengan tahun Hijrah 1431. Sepanjang tahun 2010/1431, SMART Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti sama ada diperingkat sekolah, remaja, belia mahupun komuniti. Setiap detik dan saat, kami di SMART Malaysia mempelajari perkara-perkara baru hasil dari perkongsian bersama saudara/saudari semua. Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh saudara/saudari semua!

Pada tahun ini, kami di SMART Malaysia sekali lagi membuka keahlian buat semua REMAJA & BELIA Malaysia yang berminat untuk bersama-sama kami membantu remaja dan belia di luar sana bagi meningkatkan jati diri dan motivasi diri melalui moto SMART Malaysia iaitu KUALITI, DISIPLIN & PROFESIONAL. Melalui moto inilah SMART Malaysia berusaha setapak demi setapak untuk berjaya. Dan alhamdulillah, tahun 2011 merupakan tahun ke-10 SMART Malaysia ditubuhkan. Dari setahun ke setahun, SMART Malaysia telah mempelbagaikan aktivitinya mengikut citarasa dan kemahuan para remaja dan belia di luar sana!

Cara Menyertai SMART Malaysia & Kelebihannya!

Mudah saja menyertai SMART Malaysia. Mereka yang berminat, perlulah mengisi Borang Keahlian SMART Malaysia dan membayar Yuran Tahunan Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja (RM10.00). RM10 saja! YA! RM10 saja untuk Yuran Tahunan SMART Malaysia 2011. Mengapa RM10? Kerana bagi kami KUALITI & KUANTITI setiap aktiviti yang dijalankan memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti tahunan SMART!

Sebagai Ahli Berdaftar SMART Malaysia, saudara/saudari akan diberikan KAD KEAHLIAN yang membolehkan saudara/saudari mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan (sama ada oleh SMART Malaysia, Universiti Sains Malaysia, NGO, Pihak Kerajaan mahupun swasta) dengan bayaran minima mahupun PERCUMA!. Bukan itu saja, malah saudara/saudari juga boleh menjadi sebahagian daripada FASILITATOR/URUSETIA SMART Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan! Ini baru sebahagian sahaja dan ada pelbagai lagi keistimewaan tambahan yang akan kami berikan kelak!

Friday, January 21, 2011

Salam Dari SMART Malaysia!


Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua,

Apa khabar semua?

Kami di SMART Malaysia mengharapkan agar saudara/saudari ni semua sihat-sihat hendaknya. Macam mana dengan tahun 2011? Dah mula merealisasikan azam ke? Hehehehe. Bagi kami di SMART, seperti biasa sibuk dengan pelbagai perancangan program. Bukan untuk sebulan dua tetapi untuk tahun 2011 (Jan-Dis). Walaupun agak kepenatan, kami akan merancangkan yang terbaik buat semua!

Dalam bulan Februari nanti, kami akan ke Pulau Aman sekali lagi. Kali ini kami akan bersama-sama remaja & belia dari Sungai Kechil, Nibong Tebal (Seberang Perai Selatan). Disana, kami akan menjalankan program perkhemahan selama tiga hari dua malam. Tak sabar rasanya untuk ke sana. Nak join? Ala..program perkhemahan tu bukanlah program perkhemahan terbuka. Program tu cuma untuk remaja & belia Sg. Kechil jea. Sorry yea T_T

Takpe. Jangan risau. Ada lagi 1 program perkhemahan. InsyAllah akan dilaksanakan pada bulan Mac 2011 nanti. Kem Muhibbah. Sure ramai familiar dengan Kem Muhibbah ni tapi sayangnya, ini adalah tahun yang terakhir untuk program kem tersebut. So, bagi yang ingin sertai kem tu, jangan lupa untuk selalu update dengan Team SMART Malaysia tau!

InsyAllah, dalam masa terdekat ni kami akan keluarkan borang-borang penyertaan. So, rajin-rajinlah jenguk SMART Malaysia di:

FB SMART Malaysia : http://www.facebook.com/group.php?gid=257116383001

Blog SMART Malaysia : http://smart-malaysia.blogspot.com/

Salam sayang buat semua dari Team SMART Malaysia!