Rakan Kami

Saturday, May 14, 2011

Kem HARIS Kembal!!

Akhirnya!

Apa yang ditunggu-tunggu telah TIBA!!

Jom sertai Kem Himpunan Anak Remaja Islam (HARIS) – Edisi Jun 2011

Apa yang BEST kali ni?

Gabungan modul baru dan modul sedia ada!

Modul Sedia Ada – Blind Trail – Ekspedisi Rumah Api – Pungguk Rindukan Bulan

Modul Baru – Race Against Time – The Tribe – UKHWAH – Debat Remaja – Commando Drill

Tunggu apa lagi?

Jom sertainya SEGERA!

Pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut?

Sila hubungi

En. Abdul Harris : 016 440 8540

En. Muhd. Idham : 017 452 1202

(p/s: kami menunggu panggilan pendaftaran dari ANDA!)

Kisah Ibu dan Pelajar

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Apa khabar? Harapan kami agar semua pengunjung Blog SMART Malaysia sihat-sihat hendaknya.

Baru-baru ni kami terima satu panggilan telefon dari seorang ibu yang ingin menghantar anaknya ke Kem HARIS Edisi April/Mei 2011. Tapi sayangnya, waktu ibu terbabit menelefon kami, kem tersebut telah tamat. Rasa-rasanya selepas 2-3 hari Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 tamat. Ibu terbabit berpesan kepada kami sekiranya dilaksanakan lagi Kem HARIS, mohon maklumkan kepadanya.

Minggu lepas pula (7 Mei 2011), Penyelaras SMART (Bro. Harris) telah meluangkan masa dengan dua orang pelajar dari SMK. Tun Hussien Onn di Perpustakaan Awam Seberang Jaya. Boleh dikatakan pertemuan yang tidak dirancang sebenarnya. Pelajar terbabit menceritakan tentang masalah yang dihadapi olehnya dalam Persatuan Pengakap di sekolah. Biasalah. Hal-hal remaja. Adakalanya mereka akan mencari seseorang yang boleh memberikan idea-idea yang sesuai untuk meneruskan minat mereka dalam sesuatu aktiviti ko-kurikulum. Semuanya berjalan dengan lancar dan insyallah, pada 14 Mei ni mereka akan bertemu lagi dengan Bro. Harris. Khabarnya Bro. Harris nak bagi mereka peluang untuk menjadi fasilitator dalam program-programnya.

Betul ke?

(p/s: nantikan kesudahan cerita Bro. Harris tu yea!)

Thursday, May 12, 2011

Jom Kita Layan!

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua!

Mesti ramai tertunggu-tunggu gambar-gambar semasa Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 kan?

Hehehehehehehe!

Akhirnya dah disiarkan pun gambar-gambar tu semua.

Apa?! Belum tengok lagi? Isk..Isk..Ruginya!

Takpe..Takpe..Jom layan gambar-gambar tu!

Part 1:

Part 2:

Jangan lupa tinggalkan komen dan add kami dalam Facebook anda semua yea!

Wassalam!!

Wednesday, May 4, 2011

Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 TAMAT!

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Alhamdulillah. Akhirnya Program Perkhemahan Himpunan Anak Remaja Islam atau lebih dikenali sebagai Kem HARIS Edisi April/Mei 2011 telah selesai dilaksanakan. Kem yang telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam telah mengumpulkan hampir 33 orang termasuk peserta dan fasilitator yang bertugas sepanjang kem tersebut dijalankan.

Penyertaan para peserta kali ini terdiri daripada beberapa buah sekolah menengah di Pulau Pinang termasuklah SMK. Machang Bubok, SMK. Bertam Indah, SMK. Datuk Haji Ahmad Badawi, SM. Agama Al-Mashoor (Lelaki) dan Maahad Al-Imam An-Nawawi. Penyertaan kali ini amat memberangsangkan disebabkan promosi oleh para peserta Kem HARIS yang lalu.

Sepanjang program perkhemahan tersebut, para peserta telah mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan. Antaranya ialah Info Race, K.I.K.U, I Will Follow You, Holding On You, Eksplorasi Remaja, Cabaran Menjadi Remaja, Explorace dan Liku-Liku Cahaya. Setiap aktiviti yang dilaksanakan mempunyai kekuatan dan falsafahnya tersendiri.

SMART Malaysia ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang telah menaja 10 orang peserta, Pusat Racun Negara (USM Pulau Pinang) yang telah menyumbang peralatan pengurusan program, Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan (USM Pulau Pinang) yang telah menyumbangkan sijil penghargaan dan sijil penyertaan serta 10 helai t-shirt untuk para fasilitator bertugas dan tidak ketinggalan kepada Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (PERMUAFAKAT) kerana telah menyumbangkan 22 helai t-shirt buat para peserta yang terlibat.

Penghargaan tidak terhingga juga turut diberikan kepada para fasilitator bertugas yang telah menyumbangkan tenaga, idea dan wang ringgit untuk menjayakan Kem HARIS kali ini. Mereka ialah Abdul Harris, Muhd. Ibrahim, Akmal Amin, Idham Helmi, Amir Izwan, Azli Syam, Shahrul, Lukmanul Hakim, Farid, Iskandar, Nurul Hazreen, Ahmad Naim dan Nur Hidayah. Tanpa mereka semua, mungkin perlaksanaan Kem HARIS tidak dapat direalisasikan dengan sempurna.

Buat mereka yang tidak sempat menyertai Kem HARIS yang telah dilaksanakan, usah khuatir. Insyallah, Kem HARIS akan kembali lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Teruskan menyokong perjuangan kami semua!

Friday, April 15, 2011

Apa khabar SMART Malaysia?

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Apa khabar? Lama tak bersua dan berceloteh dalam blog ni kan? Hehehe. Maaflah. Busy sangat dengan kerja-kerja hakiki dan kerja-kerja rasmi SMART Malaysia ni. Walau bagaimana pun, kami di SMART Malaysia akan sedaya upaya tidak menghampakan pembaca semua! Hehehehe.

Oklah. Tentu ramai nak tahu perkembangan SMART Malaysia sekarang ni kan? Hah! Kalo nak tahu, kenalah baca sampai habis. Hehehe. Oklah. Setakat hari ni, SMART Malaysia masih bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti termasuklah dengan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia. Pada hari rabu yang lalu (13 April 2011), SMART Malaysia turut sama terlibat dalam mengendalikan sesi lawatan sambil belajar ke Pusat Racun Negara oleh pelajar-pelajar SMK. Jelutong. Best gak aktiviti tu sebab rata-rata pelajar yang terlibat..sememangnya sporting! Hahahaha!

Lepas tu, pada 15 April 2011 (Jumaat), SMART Malaysia terlibat dalam sesi pameran di Masjid Bandar Baru Air Itam. Pusat Racun Negara yang menjalankan sesi pameran sebenarnya dan SMART Malaysia sekadar membantu dan mencari pengalaman. Hehehe. Walaupun panas, namun sesi pameran terbabit memang best sebab dapat minum air Sunquick FREE! Hahahahaha!

Untuk aktiviti akan datang pula, SMART Malaysia akan ke SMK. Datuk Haji Abdul Kadir & SMK. Guar Perahu sebelum ke SMKJK di Balik Pulau pada minggu hadapan. Lastly untuk bulan April 2011 ni, SMART Malaysia akan menganjurkan Kem HARIS 2011 – Edisi April/Mei! Yeah! Mesti ramai tak sabar-sabar nak mengikuti perkembangannya kan? Jadi..kenalah tunggu tau!

Tuesday, March 22, 2011

Kem HARIS (Edisi Mac 2011) TAMAT!

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua!

SMART Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang setia melayari Blog Rasmi SMART Malaysia. Alhamdulillah. Hari ni SMART Malaysia telah diberikan kesempatan untuk mengemaskinikan blog kesayangan semua. Hehehehehe.

Apa story mory SMART Malaysia kali ni yea?

Haaaaaaa! Mesti semua nak tahu perkembangan Kem HARIS (Edisi Mac 2011) kan? Hehehe. Alhamdulillah. Kem HARIS (Edisi Mac 2011) a.k.a KHEM2011 telah selamat dilaksanakan sepenuhnya. Hampir 30 orang telah menyertainya termasuklah pasukan fasilitator yang bertugas.

Hmmm...mesti ramai yang nak tahu apa aktiviti yang telah kami laksanakan di sana kan? Hah! Kalo nak tahu, jangan lupa klik link nie yea! -

Part 1 : http://www.facebook.com/album.php?id=100000648873963&aid=45249

Part 2: http://www.facebook.com/album.php?id=100000648873963&aid=45251

Part 3: http://www.facebook.com/album.php?id=100000648873963&aid=45253

Jadi, sambil layan-layan tu..jangan la lupa sesuatu tau! Jangan lupa tinggalkan komen kat gambar-gambar tu. Sebelum melayan gambar-gambar tu, SMART Malaysia ada story terbaru ni. Khabarnya SMART Malaysia akan mengendalikan program perkhemahan untuk ahli-ahli pengakap dari SMK. Guar Perahu. Betul ke?

Kalo nak tahu, kena tunggu cerita selanjutnya dari SMART Malaysia taw!!

Oklah. Wassalam!

Tuesday, March 8, 2011

Kem HARIS (Edisi Mac 2011) - Sesi Simulasi


Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua. Apa kabaq? (Hehehe..cara utara sikit). Tinggal beberapa hari ja lagi sebelum Kem HARIS (Edisi Mac 2011) berlangsung. Rasa seronok dan risau pun ada. Walaupun kami dah melaksanakan pelbagai program perkhemahan, namun rasa risau dan gementar tetap ada. Bak kata orang tua-tua, kena beringat dalam setiap pekerjaan.

Oklah. Kali ni saya nak update sikit beberapa perkembangan tentang Kem HARIS (Edisi Mac 2011). Sabtu lepas (5 Mac 2011), saya dan Idham berkesempatan menjalankan Sesi Simulasi untuk Kem HARIS tu.

Apa itu Sesi Simulasi?

Sesi Simulasi merupakan sebuah gerak kerja yang memerlukan fasilitator atau pihak penganjur menjalani situasi sebenar perlaksanaan program. Ini adalah penting untuk melihat dan menilai faktor-faktor risiko yang mungkin dan bakal dihadapi oleh para peserta kelak. Apabila sesi simulasi ini dilaksanakan, maka risiko yang tidak diingini dapat dielakkan sekaligus melancarkan perlaksanaan program nanti.

Nak tahu apa yang kami berdua buat masa sesi simulasi? Kalo nak tahu, klik link ni yea - http://www.facebook.com/album.php?fbid=194488533916108&id=100000648873963&aid=44134

Friday, February 25, 2011

Kem HARIS (Edisi Mac 2011) Masuk Surat Khabar!

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua!

Apa khabar para pengunjung semua? Saya harap sihat-sihat hendaknya. Agak lama juga saya tak mengemaskini Blog SMART Malaysia dan perkembangan Kem HARIS (Edisi Mac 2011). Maafkan saya yea! Al-maklumlah, sekarang ni saya & SMART Malaysia agak sibuk menguruskan perlaksanaan kem tersebut. Macam-macam kerja yang hendak diselesaikan. Pun begitu, bersyukur kepada Allah swt. kerana diberikan peluang dan ruang untuk berceloteh lagi disini.

Oklah. Seperti post yang lalu, saya ada maklumkan yang Kem HARIS (Edisi Mac 2011) akan ada Rakan Media Rasmi (RMR). Dan alhamdulillah! Impian menjadi realiti. RMR Kem HARIS (Edisi Mac 2011)..jeng..jeng..jeng!

AKHBAR SINAR HARIAN


Ya! Benar dan sahih! Akhbar Sinar Harian menjadi RMR untuk Kem HARIS (Edisi Mac 2011). Alhamdulillah. Jadi, untuk post kali ni saya masukkan gambar berita mengenai Kem HARIS (Edisi Mac 2011) yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Februari 2011 muka surat U23.

Jadi tunggu apa lagi? Kem HARIS (Edisi Mac 2011) dah mendapat liputan akhbar. Jomlah sertainya!

Friday, February 18, 2011

Rakan Kerja Rasmi (RKR) Kem HARIS (Edisi Mac 2011)

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Nak update cerita-cerita terkini mengenai Kem HARIS (Edisi Mac 2011). Alhamdulillah. Setakat ini dah banyak borang-borang dikeluarkan. Rasanya dalam 300++ ke atas. Pun begitu, pihak kami cuma memerlukan 30 orang sahaja. Just wait and see. InsyAllah, hasilnya akan nampak pada penghujung Februari nanti.

Hah! Lupa pula nak maklumkan kepada semua. Kem HARIS (Edisi Mac 2011) ada Rakan Kerja Rasmi (RKR). RKR ni berfungsi sebagai pembantu SMART Malaysia dalam menguruskan pendaftaran para peserta Kem HARIS (Edisi Mac 2011) nanti. Nak tahu siapa mereka?

Inilah RKR Kem HARIS (Edisi Mac 2011)!

RKR Idham Helmi - http://www.facebook.com/profile.php?id=100001226022455&sk=wall

RKR Amir Asyraf - http://www.facebook.com/putera.kriss

So, kalo perlukan apa-apa maklumat atu Borang Penyertaan Kem HARIS (Edisi Mac 2011), boleh juga berhubung dengan mereka yea!

Friday, February 11, 2011

Kem HARIS (Edisi Mac 2011) akan ada Media Rasmi?


Kalo diikutkan, memang itulah rancangan SMART Malaysia. InsyAllah, jika tiada sebarang aral melintang, SMART Malaysia akan cuba dapatkan Akhbar Sinar Harian sebagai Rakan Media Rasmi Kem HARIS (Edisi Mac 2011) nanti. Doa-doakan yea!

Terkini - Kem HARIS (Edisi Mac 2011)



Alhamdulillah. Update sekali lagi kali ini. OK. Untuk update terbaru ni, just nak war-warkan jea.

Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia dan Pusat Penyelidikan Dadah & Ubat-Ubatan, Universiti Sains Malaysia telah BERSETUJU untuk bekerjasama dan memberikan sokongan sepenuhnya untuk perlaksanaan Kem HARIS (Edisi Mac 2011) nanti.

Jadi, dipendekkan cerita, Kem HARIS (Edisi Mac 2011) ini mendapat kerjasama 100% dari kedua-dua Pusat Tanggungjawab USM (PTJ).

Alhamdulillah.

So, tunggu apa lagi?

Jom sertai Kem HARIS (Edisi Mac 2011). Pendaftaran masih lagi dibuka!

Thursday, February 10, 2011

Terkini - Kem HARIS (Edisi Mac 2011)

Update lagi! Hehehehe.

Untuk Kem HARIS (Edisi Mac 2011), kami juga menerima pembayaran yuran penyertaan dengan menggunakan DINAR EMAS dan DIRHAM!

Hah? Apa tu?

Inilah matawang mengikut Syariah. Banyak manfaatnya!

Bagaimana nak tahu nilainya? Mudah sahaja!

Dapat info melalui internet ni. Cuma taip DINAR EMAS atau DIRHAM. Lepas tu bolehlah tahu kadar semasa. Senang bukan?

OK. Untuk penyertaan Kem HARIS (Edisi Mac 2011), bayarannya cuma 4 DIRHAM. Macam cerita P. Ramlee masa zaman padang pasir pula. Hehehehe.

Apa-apa pun, teruskan mengikuti update dari kami yea!

Terkini - Kem HARIS (Edisi Mac 2011)

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua!

SMART Malaysia ada berita baik untuk adik-adik yang akan menyertai Kem HARIS (Edisi Mac 2011).

Apa berita baiknya?

Buat para peserta yang menyertai Kem HARIS (Edisi Mac 2011) nanti, adik-adik akan menerima Keahlian SMART Malaysia secara PERCUMA untuk 1 tahun!

Wah! Menarik bukan? Join program terus boleh jadi Ahli SMART Malaysia!

Macam mana?

Jadi tunggu apa lagi? Jomlah join Kem HARIS (Edisi Mac 2011)!

Friday, February 4, 2011

Kem Himpunan Anak Remaja Islam 2011 (Edisi Mac)

Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua.

Sekarang ni saya berada di Pulau Aman, Seberang Perai Selatan untuk mengendalikan program Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS). Program kem ini dijalankan selama tiga hari dua malam. Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para peserta termasuklah flying fox, repelling, berakit, ujian kecekapan IQ dan macam-macam aktiviti lain lagi. Hah! Tak lupa juga..jeng! jeng! jeng! Pada malam ini (5 Feb. 2011), kami telah menjemput Ust. Akil Hayy untuk bersama-sama para peserta. Beliau akan mengendalikan sesi selama 2 jam. InsyAllah, selepas makan malam nanti. Sure lawak punya!


Oklah. Untuk tidak menghampakan adik-adik & rakan-rakan dalam SMART Malaysia, kami telah menyediakan sebuah lagi program perkhemahan pada bulan Mac nanti. Ni dah kira tahu dah ni. Jadi kenalah daftar awal-awal untuk sertainya!

Kem yang diberi nama Kem HARIS.

Kem HARIS?

Hehehe. Sebenarnya singkatan kepada Kem Himpunan Anak Remaja Islam. Hah! Takleh curi tahu nama tu!

Sebab nama tu telah didaftarkan dibawah syarikat SMART Infinity Enterprise. Kalo guna juga, takut nanti kena saman. Huhuhuhu.

Sebagai maklumat untuk adik-adik & rakan-rakan semua, saya dah upload poster Kem HARIS dalam Facebook saya. Jadi bolehlah klik link dibawah untuk maklumat lanjut: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=186657781365850&set=a.174020215962940.35473.100000648873963

Kalo ada apa-apa, boleh la hubungi saya yea!

(p/s: Buat sapa-sapa nak cari pendapatan tambahan melalui kem ini, bolehlah hubungi saya yea!)

Tuesday, January 25, 2011

Keahlian Kini DIBUKA!!


Jom Sertai Kami Di SMART Malaysia! Keahlian Kini DIBUKA!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt. kerana telah memberikan keizinan kepada kita sekali lagi untuk menikmati kehidupan didunia yang sementara ini. Apa khabar semua? Kami di SMART Malaysia mengharapkan saudara/saudari semua sihat walaafiat hendaknya!

Tahun 2010 telah berlalu dengan jayanya. Begitu juga dengan tahun Hijrah 1431. Sepanjang tahun 2010/1431, SMART Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti sama ada diperingkat sekolah, remaja, belia mahupun komuniti. Setiap detik dan saat, kami di SMART Malaysia mempelajari perkara-perkara baru hasil dari perkongsian bersama saudara/saudari semua. Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh saudara/saudari semua!

Pada tahun ini, kami di SMART Malaysia sekali lagi membuka keahlian buat semua REMAJA & BELIA Malaysia yang berminat untuk bersama-sama kami membantu remaja dan belia di luar sana bagi meningkatkan jati diri dan motivasi diri melalui moto SMART Malaysia iaitu KUALITI, DISIPLIN & PROFESIONAL. Melalui moto inilah SMART Malaysia berusaha setapak demi setapak untuk berjaya. Dan alhamdulillah, tahun 2011 merupakan tahun ke-10 SMART Malaysia ditubuhkan. Dari setahun ke setahun, SMART Malaysia telah mempelbagaikan aktivitinya mengikut citarasa dan kemahuan para remaja dan belia di luar sana!

Cara Menyertai SMART Malaysia & Kelebihannya!

Mudah saja menyertai SMART Malaysia. Mereka yang berminat, perlulah mengisi Borang Keahlian SMART Malaysia dan membayar Yuran Tahunan Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja (RM10.00). RM10 saja! YA! RM10 saja untuk Yuran Tahunan SMART Malaysia 2011. Mengapa RM10? Kerana bagi kami KUALITI & KUANTITI setiap aktiviti yang dijalankan memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti tahunan SMART!

Sebagai Ahli Berdaftar SMART Malaysia, saudara/saudari akan diberikan KAD KEAHLIAN yang membolehkan saudara/saudari mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan (sama ada oleh SMART Malaysia, Universiti Sains Malaysia, NGO, Pihak Kerajaan mahupun swasta) dengan bayaran minima mahupun PERCUMA!. Bukan itu saja, malah saudara/saudari juga boleh menjadi sebahagian daripada FASILITATOR/URUSETIA SMART Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan! Ini baru sebahagian sahaja dan ada pelbagai lagi keistimewaan tambahan yang akan kami berikan kelak!

Friday, January 21, 2011

Salam Dari SMART Malaysia!


Assalammualaikum wbt. dan Salam Muhibbah semua,

Apa khabar semua?

Kami di SMART Malaysia mengharapkan agar saudara/saudari ni semua sihat-sihat hendaknya. Macam mana dengan tahun 2011? Dah mula merealisasikan azam ke? Hehehehe. Bagi kami di SMART, seperti biasa sibuk dengan pelbagai perancangan program. Bukan untuk sebulan dua tetapi untuk tahun 2011 (Jan-Dis). Walaupun agak kepenatan, kami akan merancangkan yang terbaik buat semua!

Dalam bulan Februari nanti, kami akan ke Pulau Aman sekali lagi. Kali ini kami akan bersama-sama remaja & belia dari Sungai Kechil, Nibong Tebal (Seberang Perai Selatan). Disana, kami akan menjalankan program perkhemahan selama tiga hari dua malam. Tak sabar rasanya untuk ke sana. Nak join? Ala..program perkhemahan tu bukanlah program perkhemahan terbuka. Program tu cuma untuk remaja & belia Sg. Kechil jea. Sorry yea T_T

Takpe. Jangan risau. Ada lagi 1 program perkhemahan. InsyAllah akan dilaksanakan pada bulan Mac 2011 nanti. Kem Muhibbah. Sure ramai familiar dengan Kem Muhibbah ni tapi sayangnya, ini adalah tahun yang terakhir untuk program kem tersebut. So, bagi yang ingin sertai kem tu, jangan lupa untuk selalu update dengan Team SMART Malaysia tau!

InsyAllah, dalam masa terdekat ni kami akan keluarkan borang-borang penyertaan. So, rajin-rajinlah jenguk SMART Malaysia di:

FB SMART Malaysia : http://www.facebook.com/group.php?gid=257116383001

Blog SMART Malaysia : http://smart-malaysia.blogspot.com/

Salam sayang buat semua dari Team SMART Malaysia!