Rakan Kami

Monday, January 7, 2008

Maju Selangkah Ke Hadapan

Oleh: Abdul Harris Haji Abdul Wahab, Pengasas SMART

Assalammualaikum wbt. dan salam perpaduan semua,

Tahun 2001 menjadi sebuah titik tolak kepada penubuhan sebuah organisasi Senior Kelab Nafas Baru sebelum ditukar kepada Senior Members Against Drugs and Tobacco (SMART). Beribu pejabat di Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang, SMART mengorak langkah dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti dan program pembangunan remaja khususnya dalam menangani masalah penagihan rokok dan penyalahgunaan dadah. Berpegang kepada moto – KUALITI, DISIPLIN & PROFESIONAL, telah menjadikan SMART sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing. Kini, SMART bukan sahaja menjalankan aktiviti dan program di peringkat komuniti sekitar malah ke peringkat antarabangsa.

GENERASI BERILMU TEKNOLOGI TONGGAK KEMAJUAN menjadi tema SMART bagi tahun 2008. Ini bermakna, pelbagai agenda perlu diberikan perhatian khusus demi memastikan tema ini terlaksana. Sebelum ini, SMART pernah cuba membangunkan laman web (
www.smartpenang.tk) tetapi pengurusannya tidak begitu memberangsangkan dan menyebabkan laman web terbabit terbengkalai begitu saja. Kemudian, diwujudkan sebuah portal khas yang bertujuan menyatukan ahli dan Fasilitator SMART di seluruh Malaysia (www.circles99/smartpenang.com) pada tahun 2005 dan kini SMART mengorak selangkah lagi dengan pembangunan laman blog ini. Secara tidak langsung, laman blog ini memberikan peluang kepada orang luar untuk lebih mengenali dan memahami agenda yang dibawa oleh SMART.

Bukan itu sahaja, malah melalui laman blog ini ahli dan Fasilitator SMART dapat mempertingkatkan gaya penggunaan bahasa selain memberikan peluang kepada mereka untuk menghasilkan karya penulisan melalui laman blog ini. Sebagai aluan, saya mengucapkan selamat datang ke laman blog SMART.

Sekiranya mempunyai cadangan atau pertanyaan, boleh menghubungi saya melalui e-mel peribadi saya:
cairel_harriz@yahoo.com.my atau e-mel rasmi SMART: smartadmin@hotmail.com.

Sekian, terima kasih!